Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani

Pembelian Rumah : Pembiayaan LPPSA VS Pembiayaan Bank

Dikemaskini pada 16 Januari 2024
Pengarang : 
Nur Syakirah binti Yusof

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (selepas ini disebut LPPSA) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan bagi penjawat awam.

Proses pemilikan rumah dan hartanah melalui pembiayaan LPPSA adalah sedikit berbeza berbanding pembiayaan menggunakan bank/institusi kewangan selain LPPSA.

Berikut adalah lima (5) perbezaan tersebut.


Perbezaan pertama: KELAYAKAN

Pembiayaan LPPSA

Pemohon pembiayaan LPPSA yang layak mestilah seorang penjawat awam memenuhi sepuluh (10) syarat kelayakan seperti berikut:

  1. Seorang Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap.
  3. Sudah menerima surat pengesahan jawatandan berkhidmat sekurang-kurangnya setahun.
  4. Borang permohonan dikemukakan setahun sebelum bersara / tamat perkhidmatan.
  5. Perjanjian Jual Beli (S&P) atau Perjanjian Pembinaan Rumah perlukanpenyaksian peguam.
  6. Bukan seorang yang Bankrap.
  7. Bukan seorang yang terlalu banyak berhutang.
  8. Bukan seorang pemakan gaji tidak berkemampuan.
  9. Bukan seorang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib.
  10. Bukan seorang yang masih bekerja sebagai penjawat awam secara kontrak.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Manakala pemohon yang ingin memohon pinjaman/pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan selain pembiayaan LPPSA ialah penjawat sektor swasta dan juga penjawat awam (Jika penjawat awam tersebut ingin pembiayaan melalui bank). Kelayakan pembeli bergantung kepada beberapa kriteria yang ditetapkan oleh bank yang dipilih oleh pemohon.

Anda mungkin berminat dengan 3 Perkara Wajib Semak Sebelum Membeli Rumah Atau Hartanah.


Perbezaan ke-dua: PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Pembiayaan LPPSA

Pemohon pembiayaan LPPSA boleh mengisi sendiri permohonan atau menggunakan khidmat perunding LPPSA untuk mengisi permohonan secara atas talian (‘online’). Selanjutnya pemohon perlu menghantar :

  1. Surat untuk mendapatkan cop dan tandatangan Ketua Jabatan.
  2. Dokumen-dokumen lain ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (selepas ini disebut JPPH) dan LPPSA.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Penasihat Jualan (Sales Advisor/ Personal Financing Executive Bank) bagi bank yang dipilih oleh pemohon akan membantu pemohon untuk membuat permohonan pembiayaan tersebut.


Perbezaan ke-tiga: JUMLAH PEMBIAYAAN

Pembiayaan LPPSA

Jumlah pembiayaan LPPSA yang diluluskan tertakluk kepada penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH. Kebiasaanya jumlah pembiayaan akan diluluskan mengikut harga jual beli didalam perjanjian jual beli. 

Namun terdapat juga kes dimana jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah rendah daripada harga jual beli. Jika terdapat situasi begini, perunding LPPSA/peguam akan membuat rayuan dan JPPH akan membuat penilaian semula.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Bagi permohonan melalui bank/institusi kewangan selain LPPSA, Pemohon akan membuat semakan awal dengan penasihat jualan (sales advisor/personal financing executive) samada mereka layak untuk mendapat  pembiayaan  sesuai dengan harga jual beli.

Jumlah kelulusan pembiayaan bukan sahaja bergantung kepada kelayakan tangga gaji Pemohon semata-mata, tetapi juga bergantung kepada nilai pasaran hartanah semasa.


Perbezaan ke-empat: KOS

Pembiayaan LPPSA

Kos duti setem surat tawaran,duti setem suratcara pindahmilik dan duti setem suratcara dokumen pinjaman mendapat pengecualian bagi permohonan pembiayaan LPPSA. 

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Pembeli melalui pinjaman bank hanya dikecualikan daripada membayar kos duti setem suratcara pindahmilik dan suratcara dokumen pinjaman untuk pembelian rumah kediaman pertama sahaja. (Rumah kediaman adalah termasuk apa-apa harta kediaman samada diperolehi melalui pewarisan/pemberian yang dipegang secara individu atau bersama.)


Perbezaan ke-lima: JANGKA MASA KELULUSAN

Pembiayaan LPPSA

Kelulusan pembiayaan LPPSA akan melalui tempoh masa agak panjang berbanding pembiayaan bank. Ini termasuk dari proses permohonan dan kelulusan pembiayaan (keluar surat tawaran).

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Proses permohonan dan kelulusan melalui bank/institusi kewangan adalah lebih singkat. (tertakluk kepada institusi bank yang dipilih).


Penutup

Suria Din & Associates adalah salah satu panel peguam LPPSA yang berpengalaman dalam menguruskan urusan pembiayaan LPPSA.

Jika anda memerlukan peguam LPPSA yang terbaik dan responsif, anda boleh melantik kami sebagai wakil anda bagi menguruskan perjanjian jual beli dan dokumentasi pembiayaan LPPSA anda.

Hubungi peguam hartanah terbaik kami melalui whatsapp untuk kami sediakan sebutharga terbaik bagi urusan LPPSA anda.

Setiap permohonan pembiayaan LPPSA yang diuruskan oleh pihak kami akan melalui perunding LPPSA untuk membantu pemohon sehingga mendapatkan kelulusan dan surat tawaran. Tiada cas tambahan dikenakan keatas pemohon bagi khidmat ini.

Nur Syakirah binti Yusof (+6018-2127 655)
Peguam Hartanah Suria Din & Associates

Mencari peguam jual / beli hartanah ?

Peguam kami di Suria Din & Associates boleh menguruskan kes jual atau beli hartanah anda. Hubungi peguam kami untuk maklumat lanjut dengan klik butang dibawah.
Dapatkan Bantuan Peguam Kami Sekarang !
Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani
No.29, Tingkat 2, Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah, 08000
Sungai Petani, Kedah.
Tel Office : 04-7291087Whatsapp : 018-2127655Email : [email protected]
linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram