Anda mencari Peguam bagi urusan Pinjaman Perumahan anda?

Pinjaman LPPSA VS Pinjaman Bank dalam membeli rumah.

Oleh : Nur Syakirah Yusof  |  Dikemaskini : 17 June 2025 | Kategori : Pinjaman Bank, Pinjaman LPPSA

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (selepas ini disebut LPPSA) merupakan sebuah badan berkanun yang bertanggungjawab menguruskan kemudahan pembiayaan perumahan bagi penjawat awam.

Proses pemilikan rumah dan hartanah melalui pembiayaan LPPSA adalah sedikit berbeza berbanding pembiayaan menggunakan bank/institusi kewangan selain LPPSA.

Berikut adalah lima (5) perbezaan tersebut.


Perbezaan pertama: KELAYAKAN

Pembiayaan LPPSA

Pemohon pembiayaan LPPSA yang layak mestilah seorang penjawat awam memenuhi syarat am kelayakan seperti berikut:

  1. Seorang Warganegara Malaysia.
  2. Merupakan kakitangan dalam sektor awam yang berjawatan tetap sekurang-kurangnya setahun.
  3. Bukan seorang yang Bankrap.
  4. Bukan seorang dalam proses dikenakan tindakan tatatertib.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Manakala pemohon yang ingin memohon pinjaman/pembiayaan daripada bank atau institusi kewangan selain pembiayaan LPPSA ialah penjawat sektor swasta dan juga penjawat awam (Jika penjawat awam tersebut ingin pembiayaan melalui bank). Kelayakan pembeli bergantung kepada beberapa kriteria yang ditetapkan oleh bank yang dipilih oleh pemohon.

Anda mungkin berminat dengan 3 Perkara Wajib Semak Sebelum Membeli Rumah Atau Hartanah.


Perbezaan ke-dua: PERMOHONAN PEMBIAYAAN

Pembiayaan LPPSA

Pemohon pembiayaan LPPSA boleh mengisi sendiri permohonan atau menggunakan khidmat perunding LPPSA untuk mengisi permohonan secara atas talian (‘online’). Selanjutnya pemohon perlu menghantar :

  1. Surat untuk mendapatkan cop dan tandatangan Ketua Jabatan.
  2. Dokumen-dokumen lain ke Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (selepas ini disebut JPPH) dan LPPSA.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Penasihat Jualan (Sales Advisor/ Personal Financing Executive Bank) bagi bank yang dipilih oleh pemohon akan membantu pemohon untuk membuat permohonan pembiayaan tersebut.


Perbezaan ke-tiga: JUMLAH PEMBIAYAAN

Pembiayaan LPPSA

Jumlah pembiayaan LPPSA yang diluluskan tertakluk kepada penilaian yang dikeluarkan oleh JPPH. Kebiasaanya jumlah pembiayaan akan diluluskan mengikut harga jual beli didalam perjanjian jual beli. 

Namun terdapat juga kes dimana jumlah pembiayaan yang diluluskan adalah rendah daripada harga jual beli. Jika terdapat situasi begini, perunding LPPSA/peguam akan membuat rayuan dan JPPH akan membuat penilaian semula.

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Bagi permohonan melalui bank/institusi kewangan selain LPPSA, Pemohon akan membuat semakan awal dengan penasihat jualan (sales advisor/personal financing executive) samada mereka layak untuk mendapat  pembiayaan  sesuai dengan harga jual beli.

Jumlah kelulusan pembiayaan bukan sahaja bergantung kepada kelayakan tangga gaji Pemohon semata-mata, tetapi juga bergantung kepada nilai pasaran hartanah semasa.


Perbezaan ke-empat: KOS

Pembiayaan LPPSA

Kos duti setem surat tawaran,duti setem suratcara pindahmilik dan duti setem suratcara dokumen pinjaman mendapat pengecualian bagi permohonan pembiayaan LPPSA. 

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Pembeli melalui pinjaman bank hanya dikecualikan daripada membayar kos duti setem suratcara pindahmilik dan suratcara dokumen pinjaman untuk pembelian rumah kediaman pertama sahaja. (Rumah kediaman adalah termasuk apa-apa harta kediaman samada diperolehi melalui pewarisan/pemberian yang dipegang secara individu atau bersama.)


Perbezaan ke-lima: JANGKA MASA KELULUSAN

Pembiayaan LPPSA

Kelulusan pembiayaan LPPSA akan melalui tempoh masa agak panjang berbanding pembiayaan bank. Ini termasuk dari proses permohonan dan kelulusan pembiayaan (keluar surat tawaran).

Pembiayaan bank atau institusi kewangan lain

Proses permohonan dan kelulusan melalui bank/institusi kewangan adalah lebih singkat. (tertakluk kepada institusi bank yang dipilih).


Penutup

Suria Din & Associates adalah salah satu peguam panel LPPSA yang berpengalaman dalam menguruskan urusan pembiayaan LPPSA bagi penjawat awam di Kedah.

Jika anda memerlukan peguam LPPSA yang terbaik dan responsif, anda boleh melantik kami sebagai wakil anda bagi menguruskan perjanjian jual beli dan dokumentasi pembiayaan LPPSA anda.

Khidmat ini kami sediakan bagi penjawat awam di Sungai Petani, Alor Setar dan di seluruh Malaysia.

Hubungi peguam LPPSA kami melalui whatsapp dan akan kami sediakan sebutharga secara online bagi urusan LPPSA anda.

Setiap permohonan pembiayaan LPPSA yang diuruskan oleh pihak kami akan melalui perunding LPPSA untuk membantu pemohon sehingga mendapatkan kelulusan dan surat tawaran. Tiada cas tambahan dikenakan ke atas pemohon bagi khidmat ini.

Lantik Peguam Panel LPPSA Kami Uruskan Permohonan Pinjaman LPPSA.

Lantik Peguam Kami Dalam Urusan Permohonan Pinjaman Bank Anda.

Tutup
Kuiz Semak Kelayakan LPPSA
Isi borang ini untuk semak kelayakan maksimum pinjaman LPPSA dan anggaran ansuran bulanan. Laporan kelayakan LPPSA anda akan dihantar terus ke Whatsapp atau email anda.
[fluentform type="conversational" id="3"]