Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani

Khidmat Guaman Loan LPPSA

Peguam Loan LPPSA

Anda seorang penjawat awam yang ingin memohon loan LPPSA bagi pembelian hartanah? Baca Perbezaan Pembiayaan LPPSA vs Pembiayaan Bank.

Permohonan pembiayaan atau loan perumahan LPPSA perlu dibuat secara 'online'. Walaupun begitu, dokumentasi lengkap secara fizikal perlu diserah kepada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi mendapat penilaian hartanah sebelum dokumentasi fizikal di serah kepada pihak LPPSA bagi proses kelulusan.

Proses yang kelihatan mudah ini agak rumit bagi penjawat awam yang bertugas dan mempunyai kekangan masa.

Khidmat permohonan loan LPPSA yang kami sediakan adalah percuma dan tanpa sebarang 'fi'. Firma guaman kami adalah Peguam Panel Berdaftar LPPSA dan akan memudahkan urusan permohonan LPPSA bagi pembelian tanah atau rumah idaman anda.

Siapa yang perlukan khidmat permohonan Loan LPPSA ini ?

Penjawat Awam / Polis / Tentera / Badan Beruniform yang memenuhi kelayakan ditetapkan LPPSA.
Penjawat Awam yang ingin membeli rumah atau tanah menggunakan loan LPPSA.
Penjawat Awam yang ingin memudahkan urusan permohonan loan LPPSA.

Tujuh jenis loan LPPSA yang boleh dipohon.

Terdapat tujuh (7) jenis loan LPPSA yang boleh dimohon oleh penjawat awam bagi tujuan tertentu :
JENIS 1 : Membeli rumah yang sudah siap. 
JENIS 2 : Membina rumah di atas tanah sendiri.
JENIS 3 : Membeli rumah yang dalam pembinaan (undercon).
JENIS 4 : Membeli tanah dengan tujuan membina rumah.
JENIS 5 : Menyelesaikan hutang pinjaman bank.
JENIS 6 : Membina rumah di atas tanah yang dibeli melalui pinjaman kerajaan.
JENIS 7 : Membuat kerja ubah suai rumah.

Apakah khidmat guaman yang akan diberikan?

Semakan kelayakan pemohon bagi loan LPPSA secara percuma.
Memudahcara permohonan loan LPPSA bagi pemohon secara percuma.
Khidmat nasihat bagi permohonan loan LPPSA secara online.
Khidmat nasihat bagi penyediaan dokumentasi fizikal untuk penilaian JPPH.
Khidmat nasihat bagi penyediaan dokumentasi fizikal untuk permohonan loan LPPSA.
Penyediaan dokumentasi loan selepas pembiayaan berjaya lulus.

Mengapa anda wajib memilih firma guaman kami?

Firma guaman kami dipercayai dan telah berjaya menyelesaikan kes-kes dengan cemerlang.
Klien-klien sebelum ini berpuas hati dengan khidmat kami. Review 5 
Kami merupakan panel lantikan LPPSA dan bank-bank utama di Malaysia.
Peguam kami bertauliah, cekap dan amanah dalam urusan guaman.

Bagaimana mendapatkan khidmat guaman kami?

 Langkah 2

Nyatakan Urusan
Peguam kami akan menganalisa situasi kes anda dan beri jalan penyelesaian yang terbaik.

 Langkah 3

Setuju Sebutharga
Anda hanya perlu bersetuju dengan sebutharga yang peguam kami sediakan khusus bagi kes anda.

 Langkah 4

Kes Dijalankan
Peguam kami akan jalankan kes anda serta-merta dengan penuh amanah sehingga kes selesai.

Ada sebarang pertanyaan ?

Peguam kami terbuka untuk menerima sebarang soalan mengenai perkhidmatan kami.
Klik butang dibawah untuk berhubung terus dengan peguam kami melalui Whatsapp.
Hubungi Peguam Kami Melalui Whatsapp Sekarang !
Whatsapp Peguam Kami !
Atau hubungi pejabat kami melalui panggilan telefon di talian 04-7291087
(Setiap hari Ahad - Khamis / Jam 9.00 pagi - 5.30 petang)

F.A.Q

Frequently Asked Question
Soalan lanjut anda boleh hubungi kami.
Whatsapp Peguam Kami !
Yuran guaman bagi setiap kes adalah unik dan berbeza. Anda dijemput untuk menghubungi peguam kami bagi mendapatkan sebutharga yang khas bagi kes anda. Permintaan sebutharga adalah PERCUMA.
Boleh, tetapi setiap perbincangan di pejabat adalah melalui temujanji yang dibuat lebih awal. Anda boleh jadualkan tarikh dan masa temujanji dengan menghubungi peguam kami terlebih dahulu.
Firma kami menerima kes dari seluruh Malaysia. Objektif kami untuk memudahkan urusan klien, anda boleh hubungi peguam kami dan nyatakan urusan anda. Peguam kami akan memberikan penyelesaian terbaik bagi kes anda walaupun lokasi anda tidak berhampiran dengan pejabat kami.
Suria Din & Associates - Peguam Hartanah Sungai Petani
No.29, Tingkat 2, Jalan Tuanku Haminah 1,
Taman Tuanku Haminah, 08000
Sungai Petani, Kedah.
Tel Office : 04-7291087Whatsapp : 018-2127655Email : [email protected]
chevron-downquestion-circle linkedin facebook pinterest youtube rss twitter instagram facebook-blank rss-blank linkedin-blank pinterest youtube twitter instagram